Perancangan Masa Depan

Teksi Masa Depan

Pernah anda dengar tentang teksi masa depan????
ish, nampak sangat korang tak membace surat khabar yea....

Aku terbace mende ini kat dalam paper metro...
Dunia semakin maju...
Dengan keadaan perancangan yang semakin pesat ini dan juga masalah perbandaran seperti kesesakan jalan raya.... pencemaran udara... dan macam-macam lagi...

So ini telah dirancang dengan menggunakan teknologi....

"Teksi Masa Depan"

TEKSI tanpa pemandu yang mula diperkenalkan kepada orang ramai menerusi pameran di Muzium Sains London, akan menjadikan kesesakan jalan raya, masalah asap petrol dan bas yang penuh sesak sesuatu yang ketinggalan zaman.

Selain tidak mempunyai pemandu, anda tidak memerlukan seseorang suka berborak untuk mengiringi anda sepanjang perjalanan. Yang ada hanya satu butang pada dindingnya dengan perkataan ‘mula’ di tepinya.

Kenderaan empat tempat duduk itu mula dipamerkan di muzium Sains London dan akan mula digunakan tahun depan untuk mengangkut penumpang antara medan tempat letak kereta dengan Terminal 5 Lapangan Terbang Heathrow.

Orang bertanggungjawab terhadap misi itu, Professor Martin Lowson, mempunyai latar belakang dalam perjalanan ke angkasa lepas dan pernah bekerja dengan Saturn V Rocket.



“Kenderaan masa depan itu mempunyai kesan sama dengan pengangkutan seperti roket pada abad ke-19. Kami yakin sistem Transit Cepat Peribadi (Personal Rapid Transit, PRT) akan membolehkan bandar raya pada abad ke-21 menyediakan pengangkutan bandar mesra alam, melegakan kesesakan dan mengurangkan pencemaran udara,” katanya.



Teksi berbentuk buih itu menggunakan tenaga bateri dan penumpang hanya perlu memilih destinasi masing-masing menerusi skrin sesentuh.

Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 40 kilometer sejam dan bergerak menyusuri sistem laluan sempitnya tersendiri.

Sebaik destinasi dipilih, sistem kawalannya mendaftarkan permintaan dan menghantar mesej kepada kenderaan itu, yang kemudian bergerak mengikuti laluan elektronik.

Cube tengok link ini kalu korang nk tahu cite sebenar......

Teksi Masa Depan

Comments

Popular posts from this blog

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..