Apa itu OSC???

Assalamualaikum...

Unit Pusat Setempat adalah sebahagian daripada Perancang Bandar....
One Stop Centre (OSC) atau dikenali sebagai Unit Pusat Setempat kebiasaannya berfungsi menerima permohonan kebenaran merancang sebelum di hantar ke jabatan-jabatan lain untuk diproses. Ini adalah maklumat yang aku dapat daripada OSC Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Matlamat Penubuhan OSC:
1)Memendekkan norma masa memproses permohonan secara serentak cadangan pemajuan dalam tenpoh 4 bulan.
2)Ia sekaligus meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadandan pemajuan.

Objektif OSC:

1)Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak;

2)Memendekkan norma masa dan memudahkan cara proses kerja (BKJ Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek Kerajaan);

3)Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, dan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan di bawah KTN, Akta 172, Akta Parit, Jalan dan Bangunan.

Fungsi OSC:

1)Menyelaras dan memproses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pembangunan tanah.

2)Menyemak dan memastikan semua permohonan adalah lengkap sebelum dibawa ke mesyuarat Pusat Setempat.

3)Urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat.

4)Memaklumkan keputusan kelulusan mesyuarat Pusat Setempat kepada Mesyuarat Penuh Ahli-ahli majlis dan kepada pemohon.

5)Membuat perakuan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah;dan

6)Menyediakan laporan status permohonan dan kemajuan tugas kepada YDP, Bahagian Kerajaan Tempatan Perak Darul Ridzuan dan Kementerian


Yang kt atas nih adalah beberapa piagam pelanggan OSC untuk MPKK....

Tengok la juga kat PBT-PBT lain... Rasa nye tidak berubah....

Selamat Belajar..


-P@y Che-

Comments

Thenadi said…
4 bulan, bukan 1 bulan ke, jap OSC memendekkan,adakah pemaju akan dapat feedback mereka dalam masa 1 bulan tu,
Faizal said…
OSC terima bukan sahaja permohonan merancang sahaja kan...
4 bulan tuh untuk semua jenis permohonan yang ade...
Kebenaran merancang 1 bulan..
yea... pemaju akan dapat feedback diorang dalam masa tersebt. erm.. saya masih pon masih blaja.. ade keraguan???xkan kak nadia xtahu... heheheh

Popular posts from this blog

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..