Program Bandar Selamat


Assalamualaikum...
Hari ini aku ingin berkongsi mengenai 'Bandar Selamat' pula...

YAB Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 Januari 2004 telah menyatakan kebimbangannya terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Lanjutan daripada mesyuarat itu, Jemaah Menteri mencadangkan supaya diwujudkan bandar dan peka selamat di negara ini contohnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah pencegahan Jenayah.

Kemneterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan Pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah yang melibatkan pelabagi agensi termasuk JPBD, PDRM,MCPF dan lain-lain yang perlu memainkan peranan di dalam mencapai ke arah pembangunan bandar yang selamat. Program ini telah diperakui oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.

Bandar Selamat bermaksud:-

1)Bandar yang bebas dari segala ancaman fizikal,sosial dan mental;
2)Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara;
3)Tidak timbulnya suasana yang boleh menggalakkan kejadian menganggu kesejahteraan setepat;dan
4)Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.



Matlamat mewujudkan Bandar Selamat pula ialah...
1)Bandar yang bebas dari keganasa yang merosakkan harta benda dan nyawa;
2)Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh;
3)Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral;
4)Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan.

Ini pula adalah 5 langkah yang memerlukan pelaksanaan segera dalam mencapai 'Bandar Selamat'

1)Pengasingan Laluan Pejalan Kaki Dengan Jalan Bermotor;
2)Penyediaan Bollard atau Pagar;
3)Mencuci / mengemas kawasan-kawasan Semak dan terlindung;
4)Laluan Awam tidak terlindung atau Terhalang Dari Pandangan Awam;
5)Mencahayakan/Menerangkan kawasan-kawasan gelap yang menjadi Sasaran atau tumpuan Penjenayah.



Nih pula strategi dan pelaksanaan...
1)Mereka bentuk persekitaran Fizikal.
2)Memperkasakan Kawasan Sasaran.
3)Kegiatan Sosial / Kemasyarakatan dan pendidikan/kesedaran awam.

Dalam 3 strategi ini, ia terbahagi kepada 23 langkah... Kalau korang nak yang detail pasal 23 nih korang rujuk kat link nih....
Bandar Selamat
Korang boleh dapat pdf document mengenai bandar selamat di link atas nih...

Ok2...
Tata..

-P@y Che-

Comments

Popular posts from this blog

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..