Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

Definisi Garis Panduan dan Piawaian Perancangan.
Merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi panduan yang menjadi rujukan dalam memajukan pembangunan. Ianya digunakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dalam mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah. Setiap pemajuan oleh sesiapapun, perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Apa Faedahnya Mengetahui Garis Panduan dan Piawaian Perancangan ini? Bila masa ia Digunakan?
Perancangan dan pembangunan yang dimajukan akan digunakan oleh pihak awam, oleh itu pihak awam perlu sedar hak dan apa yang berlaku di kawasan petempatan mereka. Membantu bagi menyedarkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBPT mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip perancangan. Mampu memberikan komen dan pendapat mengenai sistem petempatan yang lebih baik kepada PBPT.

Apa Kepentingan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan?
Sekiranya tiada garis panduan dan kawalan terhadap pembangunan bandar, akan berlaku masalah-masalah perbandaran yang lebih serius. Akibat tiada perancangan dan kawalan, wujud kawasan sesak seperti di kawasan setinggan.

Kebaikan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan.
a)Penyediaan susunatur, rekabentuk bangunan serta kemudahan asas dan awam dapat diselaraskan untuk mencapai proses perancangan yang lebih berkesan.
b)Boleh mengelakkan daripada percanggahan guna tanah atau bangunan melalui pemakaian piawaian ketumpatan penduduk dan bangunan.
c)Dapat membantu mewujudkan alam persekitaran yang selesa untuk difahami.

Comments

Popular posts from this blog

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..