Kanun Tanah Negara 1965 (KTN)

Assalamualaikum...

Hari ini pula aku nak bercerita mengenai KTN...
Aku pun xtau sangat pasal KTN, TAPI aku tau serba sedikit mengenainya selepas menjalani latihan praktikal di MPKK...

Hehehe....
Kanun Tanah Negara memang sinonim dalam dunia perancangan...
Memang selalu digunapakai...

Apa itu KTN??

Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) merupakan satu akta yang terpenting erta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Tujuan utama akta ini adalah untuk memastikan wujudnya keseragaman perundangan dan polisi yang berkaitan dengan pentadbiran tanah serta penggunaanya, yang antara lain termasuk hakmilik, urusniaga dan kutipan hasil pendapatan daripadanya.


KTN iaitu akta 56 merupakan satu Akta terpenting serta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Seperti pentadbirang tanah adalah berkait rapat dengan gunatanah,jadi telah dikategorikan gunatanah terbahagi kepada iaitu PERTANIAN, BANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN.



Dalam semua proses KM yang mana kesemua berkaitan tanah iaitu proses permohonan Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyatuan Tanah dan Serahbalik Kurnia Semula dan lain-lain mengunapakai akta ini.

Namun, terdapat isu penyelarasan seperti proses Kebenaran Merancang berdasarkan Akta 172 ada terikat dengan peruntukan Kanun Tanah Negara (Akta 56) dalam Proses Permohonan Perancangan dan Pembangunan. Sebagai contoh,

"Perkara bagi permohonan Serahbalik dan Kurnia Semula (Seksyen 204A) memerlukan kelulusan Kebenaran Merancang (Akta 172) diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertimbangan dibuat terhadap permohonan SBKS (Akta 56)"


So setakat ini pengenalan mengenai ilmu KTN...
hehehe..

Selamat belajar...
-P@y Che-

Comments

CraZuKolf 4 All said…
minta share sedikit maklumat untuk buat tugasan ya,,!

Popular posts from this blog

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..