Keterujaan Dalam Perancangan...


 Assalamualaikum w.b.t...
Arini aku nak bagi respon kepada Akram yang meminta aku bagitau mengenai kepentingan planning dalam town planning....

Yang ini bukan aku cut n paste... tapi segala ilmu yang aku dapat dari tenet n dari lecturer UTM yang terbaik!!!!

 Selamat Berkongsi....



Perancangan dalam Perancangan Bandar dan Desa
Perancangan dan pembangunan sejagat merupakan satu usaha dalam menangani kepincangan masyarakat dan menitikberatkan penjagaan alam sekitar di dalam pendekatan masa kini. Ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kesedaran perancangan bandar di sesebuah negara berdasarkan tamadun gemilang terdahulu dan mengambil kira aspek-aspek penting dalam perancangan sesuatu petempatan.

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah berdasarkan suatu matlamat. Ini bermaksud perancangan juga mempunyai matlamat. Matlamat yang harus dipegang dalam perancangan adalah untuk "Mewujudkan keseimbangan di antara pembangunan fizikal dengan pembangunan insan dari segi spiritual dan nilai-nilai murni sejagat untuk kemajuan negara yang berterusan.”

Doktrin Pembangunan dan Perancangan Sejagat
Prinsip perancangan dan pembangunan sejagat adalah berasaskan nilai-nilai murni antara hubungan manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan persekitaran. Prinsip ini digunakan sebagai rujukan di dalam merumus garis panduan dalam membuat keputusan, tindakan dan melaksanakan apa-apa aktiviti pembangunan.
  • · Prinsip Hubungan Manusia dengan Pencipta
Adil, ihsan, amanah dan berwibawa, perpaduan, menghormati ilmu dan mengingati Pencipta.
  • · Prinsip Hubungan Manusia dengan Manusia
Menghormati kesendirian dan pembahagian ruang, nilai menggalakkan pertemuan dan perkenalan, keamanan dan keselamatan, menghindari dari menyakiti orang lain dan menghormati hak orang lain, kerjasama, prihatin dan hormat-menghormati dan perundingan.
  • · Prinsip Hubungan Manusia dengan Persekitaran
Kebersihan dan keindahan, pemeliharaan alam sekitar dan perancangan sumber jaya asli yang berterusan, tidak membazir dan penggunaan sumber yang cekap.

Peranan Perancangan
  • · Kepentingannya Terhadap Pembangunan Insan
  1. Pembinaan kemudahan tempat ibadat, masjid, pusat pendidikan, perpustakaan dan lain-lain akan memberi kesan dan pengaruh kepada pembentukan nilai dan sikap manusia.
  2. Memelihara alam sekitar dari kemusnahan sebagai usaha menjaga dan menghargai anugerah Pencipta.
  3. Bentuk perancangan yang meletakkan elemen utama seperti masjid dan institusi pendidikan di tempat yang strategik, reka bentuk dan penataan seni yang melambangkan syiar.
  4. Menyediakan elemen dan kemudahan yang mampu menjalin hubungan rapat sesama manusia.

  • · "To create an efficient and integrated urban physical structures and a beautiful, confortable, save and sustainable environment to satisfy social and economic aspirations of its population as far as possible."
Efficient, Integrated & Balanced Physical Structure:
  1. Land Use Distributions
  2. Circulation & Communication Systems
  3. Amenities and Utilities.
Sustainable Environment:
  1. Keseimbangan Ecology (Development vs. Conservation )
  2. Keselamatan, kesihatan & keselesaan
  3. Keindahan

(Allahyarham Pak Amir @ PM Dr Amirruddin)

Kadang2... Teringat dengan arwah.. cukup terase kehilangannya... papepun... Arwah pak amir tetap lecturer terbaik!!!!.....

Selamat berkongsi....


-P@y Che-

Comments

NZ said…
sayu bila teringat arwah Pak Amir. ;(
Faizal said…
same lar.. serius sedey....

Popular posts from this blog

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..