E-Desa JPBD


Assalamualaikum w.b.t.,

Selepas Mesyuarat Teknikal Geospatial Negeri Perak Bil 1/2012 yang lalu, aku mendapat info baru iaitu satu sistem yang menggunakan pendekatan elektronik (e) dalam mendapatkan maklumat-maklumat pembangunan kawasan luar bandar telah dibangunkan iaitu E-DESA. Info semua kampung di Perak dimuatkan dalam satu sistem iaitu E-DESA. Walaupun maklumat adalah updated namun sistem ini masih dalam pembangunan. Ini adalah kerana terdapat masalah teknikal dan kemahiran.

E-Desa dibangunkan oleh JPBD Perak dan kini telah diambilalih oleh Unit PerakGIS (unit aku sekarang nih)

Setakat nih, kalau korang cuba search  guna pak google, pasti tiada E-Desa Perak, cuma hanya ada E-Desa Kundasang.

Berikut adalah perkara-perkara yang aku nak share bersama : -
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengenalan
  • Pembangunan kawasan luar bandar memerlukan perancangan yang khusus bagi menangani isu kawasan luar bandar dan penduduk luar bandar lebih sistematik dan rasional.
  • Konsep dikotomi desa-bandar adalah pendekatan berasaskan andaian luar bandar mempunyai ciri dan kriteria yang berlawanan dengan bandar.
  • Luar bandar penempatan yang mempunyai saiz yang kecil. 
  • Perbezaan bandar dan luar bandar bersifat konseptual.
Takrifan E-Desa
Struktur ekonomi, saiz penempatan, kepadatan penduduk, ciri-ciri fizikal, klasifikasi gunatanah, gaya hidup, kesampaian kepada perkhidmatan, aksesbiliti, tahap keterbandaran, kawasan bukan tepubina.

Konsep Penyediaan E-Desa
  • Pembangunan akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat tanpa ada jurang di antara kawasan luar bandar dan bandar. 
  • RMK9 telah menekankan pembangunan luar bandar melalui strategi pembangunan wilayah yang seimbang.
  • Sistem E-Desa adalah bermatlamat untuk meletakkan seluruh kampung di dalam negeri Perak di dalam peta dunia tanpa sempadan dan mengurangkan jurang digital antara kawasan luar dan luar bandar.
  • Alat perancangan yang memastikan pembangunan luar bandar dapat dijalankan melalui teknologi, matlamat dalam bentuk informasi dan spatial.
Tujuan pembangunan E-desa
  • Merealisasikan hasrat untuk menjadikan kawasan luar bandar lebih berdaya maju dengan suntikan kemajuan melalui mekanisme elektronik.
  • Realisasikan idea Y.A.B. Menteri Besar Perak (14 April 2012).
  • Mendokumentasikan profil 1662 buah kampung seluruh negeri Perak. 
  • Menggalakan perkongsian maklumat dan memaparkan maklumat-maklumat kampung.
Apa itu E-Desa?
E-Desa merupakan web portal yang memaparkan maklumat pembangunan luar bandar untuk 2 capaian : 
  1.   Capaian Umum
    • Taburan, lokasi dan profil desa. 
    • Produk-Produk Desa.
    • Kawasan Pertanian dan Penternakan.
    • Community Access Point seperti kedai komp., pusat internet desa, medan info desa dan komuniti bestari. 
  2.  Capaian Pentadbiran (Sistem Maklumat Eksekutif)
    • Kemajuan Projek-Projek Pembangunan Luar Bandar. 
    • Maklumat rakyat miskin atau sebaliknya.
Komponen E-Desa
a)    Modul Profil Kampung
b)    Modul Produk
c)    Modul Projek Pembangunan

Komponen dalam Modul Profil Kampung
Komponen dalam Modul Produk
Komponen dalam Modul Projek Pembangunan


Bagaimana E-Desa dibangunkan?
  • Mengenalpasti sempadan kampung
  • Mencerap maklumat spatial
  • Mengumpul maklumat attribut
  • Memasukkan dan mengemaskini attribut dan spatial
  • Sistem E-Desa
  • Portal E-Desa
[Kaedah Pencerapan Data – Bancian, lawatan tapak, pencerapan menggunakan teknologi atau mekanisme elektronik seperti alat GPS dan Imej Satelit]

Golongan Sasaran Pengguna
Rujukan kepada agensi-agensi pembangunan kampung, daerah, negeri dan seterusnya negara iaitu :
a)    Pengubal dasar peringkat persekutuan dan negeri.
b)   Pengubal dasar peringkat daerah dan mukim.
c)    Pengubal dasar peringkat ADUN.

Faedah Penggunaan
  • Membantu dalam meletakkan lokasi semua kampung di Negeri Perak dalam peta (dunia tanpa sempadan).
  • Membolehkan JKK mendokumentasi, mengemaskini profil, pentadbiran, dan produk-produk kampung.
Cabaran dan Isu

Cabaran : 
  1. Pengumpulan Data Attribut - Kurang Komitmen dari ketua kampung dan JKKK.
  2. Pengumpulan Data Spatial - Kesukaran memperolehi imej satelit beresolusi tinggi di kawasan luar bandar.
Masa Depan E-Desa
  • Pemetaan kawasan kampung dalam bentuk spatial dan attribut.
  • Kenalpasti gunatanah, taburan dan lokasi kemudahan awam.
  • E-Desa sebagai alat sokongan bagi mengenalpasti perancangan projek-projek pembangunan.

Print Screen page E-Desa

Comments

Popular posts from this blog

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..