Apa itu Quantum GIS?

Quantum GIS.. atau dikenali sebagai QGIS. Ia merupakan salah satu perisian (tool) GIS yang mesra pengguna dan dibawah lesen GNU General Public License. QGIS merupakan projek rasmi di bawah Open Source Geospatial Foundation (OSGeo). Ia berfungsi pada Linux, Unix, Mac OSX, dan Windows dan menyokong pelbagai data spatial  iaitu vektor, raster, format database dan sebagainya..




Bagi yang pernah menggunakan perisian GIS (Geograhical Information System), QGIS berbeza berbanding MapInfo, Global Mapper mahupun ArcGIS. Yang paling penting, QGIS adalah FREE..




Projek pembangunan QGIS bermula May 2002, sehingga kini, versi terbarunya adalah QUANTUM GIS 2.0 DUFOUR.. Klik pada link di bawah untuk melihat screenshot QGIS 2.0 ini.




 cantik la sikit daripada MapINFO, ArcGIS, mahupun Global Mapper.


QGIS menyokong pelbagai format data spatial seperti .tab, .cad dll, namun begitu, untuk proses EDITING, seharusnya data spatial tersebut adalah format shapefile - .shp ...

Berikut adalah tool utama dalam QGIS. Bukan sahaja untuk paparan, proses verifikasi, proses penyuntingan data spatial, menglabel, simbol, ia juga mampu dalam melakukan analisis GIS dan seterusnya menjadi paparan berbentuk peta dsb bagi memudahkan proses presentation..

 
 Akhir sekali, kita kene test dulu QGIS baru tahu.. Bagi yang tau menggunakan perisian GIS, sila lah try.. tak payah membazirkan duit untuk beli perisian berlesen.. Kepada GOVERNMENT AGENCY, sila lah berpindah kepada software ini, ia jugak adalah satu LANGKAH BERJIMAT.. ia adalah sgt2 digalakkan..

yang penting!!!!
apa yang ArcGIS buleh buat, QUANTUM GIS juga boleh..
apa yang MapINFO buleh buat, QUANTUM GIS juga boleh..
apa yang Global Mapper buleh buat, QUANTUM GIS juga boleh..
  

Sebagai contoh jabatan yang telah menggunakannya ialah UNIT PERAKGIS negeri Perak..

Selamat Mencuba.. download software secara percuma di website rasmi QGIS di atas.. bagi yang tak pernah menggunakan perisian GIS.. Tunggu post akan datang untuk tutorial penggunaan QGIS..

Terima Kasih.. Selamat Mencuba..

Comments

Popular posts from this blog

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..