Posts

Showing posts with the label Kebenaran Merancang

Bermula ERA baru...

Image
Assalamualaikum!!.. Mohon maaf semua... Hampir beberapa bulan aku tak buka blog ini...  Sibuk sangat2.. Alhamdulillah.. untuk pengetahuan semua... aku dapat tawaran kerja lain..  (Selamat Tinggal BERNAMA) .. Hehehe.. Surat tawaran..  Kalo dulu Federal Gov. kini dibawah State Gov.. Yang beshnye.. Aku KEMBALI ke DUNIA PERANCANG .. Bertugas di UNIT PERAK GIS .. di bawah pengelolaan JPBD Perak dan K Perak .. From Tin Mines to MIND Industries..  Unit aku sekarang ada kaitan dengan MyGDI.. itu pun kalu korang tahu la apa itu MyGDI.. Yang penting, kini aku banyak menggunakan aplikasi GIS.. BUKAN menggunakan GIS tapi MEMBUAT database dari A-Z... Sebenarnya, ada banyak cerita n ilmu baru yang akan dikongsikan bersama.. Insyallah,di masa akan datang.. State Geo Spatial Data Center Perak Yang penting, kini, "Plan 4 All" .. . "Awak, saya pernah berjanji untuk kembali ke Planning... "

Proses Kebenaran Merancang..

Image
Assalamualaikum... Ha, nih pulak sambungan kepada Kebenaran Merancang... Kalau korang da tau pasal serba sedikit pasal Kebenaran Merancang dan kriteria penilaian permohonan KM, mesti korang kene tau camne proses permohonan KM ini berlangsung... Kan????? xpe... Buat mase nih aku nak cerita pasal KM di Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan mane2 yang same tarafnye... Untuk PBT yang besar2 seperti MBI, DBKL, tatacara proses permohonan KM adalah berbeza... So, untuk hari ini, aku akan bercerita mengenai KM yang aku dapat di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar .... Insyaallah same je dengan PBT lain yang setaraf dengannya.... So, untuk permulaan, aku nak bercerita tentang tatacara proses KM dari OSC.... Tatacara KM melalui OSC Aku tidak sepandai mana... tapi aku boley jea kalu ade nak berkongsi pandangan mengenai perancangan... Hehehe... da tengok yang atas tuh???? korang kene paham beza antara OSC dan Jabatan Perancang Bandar.... Osc "MEMBANTU dan MENYELARAS".... Tu paling penting ...

Apa itu Kebenaran Merancang???

Image
Ini adalah sambungan kepada post mengenai Kebenaran Merancang.... Maklumat ini adalah dari apa yang telah aku belajar di MPKK... Yang penting di Bandar Diraja Kuala Kangsar.. Tempat dimana lahirnya aku... Hehe.... So nak tau tentang kriteria dalam penilaian KM??? Ketika aku menjalani praktikal.... yang benar2 digunapakai ialah... a) Keperluan-keperluan Teknikal b) Dasar-dasar dan garispanduan pembangunan semasa c) Peruntukan Undang-Undang. d) Bantahan pemilik bersebelahan. (untuk permohonan menambah ketumpatan dan penukaran zon guna tanah) Kalu diikutkan perkara ini boley difikrkan secara logik akal.... Kalu korang pelajar planning,xtau pasal bende nih,wat malu je amik planning.... Hehehehe..... (Cam aku pandai sangat je).... A)Kriteria Keperluan – keperluan Teknikal. Kriteria keperluan-keperluan teknikal ini adalah dirujuk kepada pembangunan fizikal iaitu berhubungan dengan ulasan agensi-agensi teknikal sperti JKR,JAS,TNB dan sebagainya. Berikut adalah aspek-aspek teknikal yang diambi...

Apa itu Kebenaran Merancang..

Image
Assalamualaikum... Hari ini aku nak berkongsi pula dengan korang pasal KM lak.... KEBENARAN PERANCANGAN Kebenaran Perancangan merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Secara umumnya, kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan. Tiada had keluasan tanah yang dikecualikan daripada kebenaran merancang, walaupun tanah tersebut kurang daripada 1 ekar. Sekesyen 20 (1) Akta 172 mengatakan: “ Tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu diberi kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah seksyen 24(3) ” 6t ade sambungan yea.. tunggu lar.... -P@y Che-