Posts

Showing posts with the label Pelan Pembangunan Fizikal

Rancangan Tempatan

Image
Assalamualaikum... Aku nak bercerita pasal Rancangan Tempatan pulak nih... PENGENALAN Merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Ia menunjukkan secara bersekil besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut. Fungsi Rancangan Tempatan •Menterjemahkan strategi-strategi RS yang mengandungi polisi dan cadangan am PBPT berkenaan dengan kuasa tempatan. •Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di k...

Rancangan Struktur Negeri

Image
Assalamualaikum... Hari ni,aku nak citer kat korang lak pasal Rancangan Struktur Negeri PENGENALAN Rancangan Struktur (RS) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk: 1) Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal; 2) Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas; 3) Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi; 4) Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan 5) Memudahkan pembangunan secara mampan RS juga hendaklah mengandungi gambar rajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan Fungsi Rancangan Struktur 1)Mentafsirkan dasar negara dan wilayah 2)Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum 3)Menyediakan ra...

Rancangan Fizikal Negara

Image
Assalamualaikum... Ni pula cerita tentang Rancangan Fizikal Negara,susulan kepada Pelan Pembangunan Fizikal yang aku ada post sebelum nih... Selamat berilmu.... Pengenalan Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 26 April 2005. Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya: Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara pe...

Pelan Pembangunan Fizikal

Image
Assalamualaikum... Seperti yang kita ketahui... Terdapat hierarki dalam Pelan Pembangunan Fizikal.... Sistem Rancangan Pemajuan Rancangan Pemajuan sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, ( Akta 172 ), perlu mengandungi dasar-dasar dan cadangan-cadangan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan social penduduk melalui pembentukan struktur fizikal yang selesa. Rancangan Pemajuan juga merupakan sebahagian daripada sistem hierarki pelan pembangunan dalam Negara yang mengandungi 4 peringkat iaitu : a)Rancangan Fizikal Negara b)Rancangan Struktur Negeri c)Rancangan Tempatan d)Rancangan Kawasan Khas Korang boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap peringkat melalui post yang akan datang... heheheheh... tatatatata....