Garis Panduan dan Piawaian Perancangan
Definisi Garis Panduan dan Piawaian Perancangan. Merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi panduan yang menjadi rujukan dalam memajukan pembangunan. Ianya digunakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dalam mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah. Setiap pemajuan oleh sesiapapun, perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Apa Faedahnya Mengetahui Garis Panduan dan Piawaian Perancangan ini? Bila masa ia Digunakan? Perancangan dan pembangunan yang dimajukan akan digunakan oleh pihak awam, oleh itu pihak awam perlu sedar hak dan apa yang berlaku di kawasan petempatan mereka. Membantu bagi menyedarkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBPT mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip perancangan. Mampu memberikan komen dan pendapat mengenai sistem petempatan yang lebih baik kepada PBPT. Apa Kepentingan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan? Sekiranya tiada garis panduan dan kawalan terhadap pembangunan ba...