Posts

Showing posts with the label Perancang Bandar

Temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Image
Assalamualaikum w.b.t Hari ini pece nk berkongsi pasal temuduga Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa edisi 2.. Pada minggu lalu hampir 2 minggu pihak JPBD dan SPA telah menjalankan proses temuduga di seluruh Malaysia.. Hari terakhirnya adalah pada 1 Mac 2013.. Seperti biasa, perkara yg tidak dijangka berlaku lagi.. hahaha... Pastikan bersedia!! __________________________________________________________________________ Calon : Assalamualaikum... Panel 1 : Waalaikummussalam.. Faizal? Orang kuale jugak? (ada panel sebelum aku dari kuale jgk) Panel 2 : Sebutkan nama penuh.. Calon : Saya Mohammad Faizal b. Abd. Hamid.. mmg berasal dri Kuala Kangsar. Panel 1 : Could we start now? Calon : yes! Panel 1 : first, u should introduce urself.. describe urself.. in English.. In progress Calon : ok.. I'm Faizal.. ............ (seterusnya) Panel 1 : " jadi sekarang awak dlm jwtn yg sama? Knape nk pindah?" Calon : its all about da services.. Pa...

Perak Geographical Information System (PerakGIS)

Image
Assalamualaikum w.b.t. PerakGIS atau dikenali sebagai Perak Geograhical Information System. Pejabat baru dimana tempat aku bekerja sekarang ini. Berikut serba sedikit pasal PerakGIS: ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ PerakGIS merupakan Sistem Maklumat Perancangan Geo-Spatial Negeri Perak yang dibangunkan berasaskan keperluan Kerajaan Negeri Perak untuk mewujudkan sebuah pangkalan data geospatial yang komprehensif di peringkat negeri, daerah dan tempatan. Ia menggunapakai teknologi sistem maklumat geografi atau Geographical Information System (GIS). Pembangunan PerakGIS adalah menggunakan teknologi ‘ opensource’ iaitu Quantum GIS. PerakGIS juga berperanan dalam menjayakan program MyGDI bagi negeri Perak. Kejayaan utama pembangunan GIS di Negeri Perak adalah dengan tertubuhnya Unit PerakGIS Negeri Perak yang dipertanggungjawabkan di bawah Pengarah JPBD Negeri Perak bertemp...

E-Desa JPBD

Image
Assalamualaikum w.b.t., Selepas Mesyuarat Teknikal Geospatial Negeri Perak Bil 1/2012 yang lalu, aku mendapat info baru iaitu satu sistem yang menggunakan pendekatan elektronik (e) dalam mendapatkan maklumat-maklumat pembangunan kawasan luar bandar telah dibangunkan iaitu E-DESA. Info semua kampung di Perak dimuatkan dalam satu sistem iaitu E-DESA. Walaupun maklumat adalah updated namun sistem ini masih dalam pembangunan. Ini adalah kerana terdapat masalah teknikal dan kemahiran. E-Desa dibangunkan oleh JPBD Perak dan kini telah diambilalih oleh Unit PerakGIS ( unit aku sekarang nih ) Setakat nih, kalau korang cuba search  guna pak google , pasti tiada E-Desa Perak, cuma hanya ada E-Desa Kundasang. Berikut adalah perkara-perkara yang aku nak share bersama : - ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pengenalan Pembangunan kawasan luar bandar memerlukan perancangan yang khusus...

Bermula ERA baru...

Image
Assalamualaikum!!.. Mohon maaf semua... Hampir beberapa bulan aku tak buka blog ini...  Sibuk sangat2.. Alhamdulillah.. untuk pengetahuan semua... aku dapat tawaran kerja lain..  (Selamat Tinggal BERNAMA) .. Hehehe.. Surat tawaran..  Kalo dulu Federal Gov. kini dibawah State Gov.. Yang beshnye.. Aku KEMBALI ke DUNIA PERANCANG .. Bertugas di UNIT PERAK GIS .. di bawah pengelolaan JPBD Perak dan K Perak .. From Tin Mines to MIND Industries..  Unit aku sekarang ada kaitan dengan MyGDI.. itu pun kalu korang tahu la apa itu MyGDI.. Yang penting, kini aku banyak menggunakan aplikasi GIS.. BUKAN menggunakan GIS tapi MEMBUAT database dari A-Z... Sebenarnya, ada banyak cerita n ilmu baru yang akan dikongsikan bersama.. Insyallah,di masa akan datang.. State Geo Spatial Data Center Perak Yang penting, kini, "Plan 4 All" .. . "Awak, saya pernah berjanji untuk kembali ke Planning... "

Temuduga Technical Assistant

Image
Assalamualaikum.. Hari ini.. aku nak berkongsi pengalaman aku ketika temuduga yang baru aku pergi tempoh hari...  Pada mulanya ingat cam tak nak pergi.. tapi akhirnya.. aku pergi la jugak... untuk jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Wilayah ... kat mana?? ha. yang nih rahsia je la.. sape yang tahu kene la diam.. shuuuuuiiiiiihhhh......... Haha.. bertolak seawal pagi.. 6.15 pagi... nyiahaha... n aku sampai di sana dalam jam 8.50 pagi... Yeah.. kene tepati mase bukan?? haha.. Pakaian kene bergaya... bertali leher... kasut kulit konfem(aku slalu simpan kasut nih coz kat pejabat aku gune kasut crocs jek).. Sambil bawa 'kelayakan' aku... hahaha!!  fuh.. asal kosong je bangunan nih.. rupenye.. ini bangunan baru la.. banyak mende diorang tak buat ag.. ruang pun banyak terluang. . haha.. So, masuk je da jumpe ramai calon2 temuduga.. tengok2 pada list name ade 17 orang! aku orang yang ke bape ek.. entah...  Yang pasti ramai juga yang aku kenal.. Senior UTM ade dua ora...

Seperti dulu...

Image
Adakah aku akan menjadi seperti dulu?? Kalu dulu.. kuncup.. kemudian kembang... kemudian... semakin kurang?? Lihat la aku DULU.. rindu giler.. kalu dulu aku 'ATLET' kot .. skunk?? haha.. ~Andai Korang tahu~.... Semalam bile aku imbas kembali... aku selak2 folder dalam laptop aku .. aku terjumpa potret2 lame!! yeah!!.. hahaha...      Jejaka yang pose da macam model!!! .. hahah.. Mase nih kitorang lepak2 di Taman Tasik Perdana Kot.. haha.. Yang len pakai baju 'SMART DAY".. kalu xsilap baru pas studio.. n aku pulak baru abis UJIan Ko-Q,sepak takraw! .. yeah... Aziim watpa?? ha... tanye la dye sendiri!   Haha.. tengok la muke2 sekor... serius.. bakal2 PERANCANG nih .. Insyaallah.. aku doakan... sorang kat Kuala Tenganu.. Sorang kat Texas ek?? haha.. Sorang kat klate... Sorang kat tronoh... hahah!!! Jangan gelak2.. ~Aku tembak kunk~ (Ayat pujangga Apez AZiz) **Gambar nih bukan untuk Mengaibkan yea~ **Hensem2 belaka!(Ayat penyejuk hati nih) **Hahah... ~Aku tu...

Lembaga Rayuan

Image
Assalamualaikum... So, tau x??/kalu kebenaran Merancang gagal diterima,korang ley buat rayuan selama tempoh 30 hari slepas permohonan anda ditolak??? So,kali ini aku nk bercerita pasal lembaga rayuan lak.... Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu yang merasa terkilan dengan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), khususnya terhadap sesuatu keputusan kebenaran merancang. Manfaat Lembaga rayuan Penubuhan Lembaga Rayuan ini akan memberi manfaat yang besar kepada sistem perancangan di negeri ini. Antara faedahnya ialah: i. Menyediakan saluran yang “credible” bagi orang awam merayu; ii. Melengkapkan sistem penyampaian kerajaan yang telus dan berkesan; iii.Memperbaiki dan memperkemaskan perjalanan sistem perancangan bandar; dan iv. Meningkatkan amalan sistem perancangan bandar negeri ini ke taraf negara maju seperti di Australia,United Kingdom dan Amerika Syarikat. Den...

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

Definisi Garis Panduan dan Piawaian Perancangan. Merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi panduan yang menjadi rujukan dalam memajukan pembangunan. Ianya digunakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dalam mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah. Setiap pemajuan oleh sesiapapun, perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Apa Faedahnya Mengetahui Garis Panduan dan Piawaian Perancangan ini? Bila masa ia Digunakan? Perancangan dan pembangunan yang dimajukan akan digunakan oleh pihak awam, oleh itu pihak awam perlu sedar hak dan apa yang berlaku di kawasan petempatan mereka. Membantu bagi menyedarkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBPT mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip perancangan. Mampu memberikan komen dan pendapat mengenai sistem petempatan yang lebih baik kepada PBPT. Apa Kepentingan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan? Sekiranya tiada garis panduan dan kawalan terhadap pembangunan ba...

Isu Perbandaran - Banjir Kilat!!!

Image
Isu perbandaran lagi... Assalamualaikum... eyh, tak tahu lar dengan bandar kita sekarang yea... Erm... Papepun... Masalah perbandaran boleh dihindari dengan adenya langkah2 yang sejajar dengan era masa kini... 'FLASH FLOOD' A flash flood is a rapid flooding of geomorphic low-lying areas - washes, rivers and streams - caused by the intense rain fall associated with a thunderstorm, or multiple thunderstorms. Flash floods can also occur after the collapse of an ice dam or a man-made structure, such as a dam, for example, the Johnstown flood of 1889. Flash floods are distinguished from a regular flood by a timescale less than six hours. Causes Flash flooding occurs when the ground becomes saturated with water that has fallen too quickly to be absorbed. The runoff collects in low-lying areas and rapidly flows downhill. Flash floods most often occur in normally dry areas that have recently received precipitation, but may be seen anywhere downstream from the source of the precipitati...

Apa itu Detail Plan???

Image
Assalamualaikum... Hehehe... Korang nak tahu pasal Detail plan x??? aku tau korang mesti ad yang tau n xtau pasal detail plan.... So, kebiasaanya, detail plan nih lebih terperinci dari pelan besar.... Kebiasaanya gmbaran plan yang lebih kepada 'ZOOM IN'.... Semasa ini ia juga boleh dipanggil 'micro level'.... Tapi yang pasti bagaimana nak nampak ag terperinci???? Ade tiga bende yang slalu batch aku kene wat... Tapi lebih diprktikkan semsa di sem 4 (ketika itu, studio master Dr. Suhana)... A)Detail plan (Skala 1:250 , 1:500) b)Gambar yang ingin dibuat (gmbar contoh pembangunan fizikal) c)Keratan rentas (sama ada nk tnjuk pembangunan tepi sungai dan sebgainya) D)Sketch gmbar (gambar sebelum dan selepas) Nih contoh detail plan mase sem 4 ritu.... (Skala 1:250) Masa ini aku ade wat gmbaran sokongan n keratan rentas tapi dalam ketas yang berbeza... Yang ini contoh gmbaran yang aku maksudkan... aku letak gmbar dalam plan untuk tunjukkan pembangunan yang dicadangkan... Mengena...

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Assalamualaikum... Hehehe... Harini aku nak bercerita mengenai akta 171.... Akta kerajaan tempatan memang banyak digunapakai dalam planning.... Perlembagaan Persekutuan, Perkara 76(4) menyatakan keperluan penyeragaman undang-undang bersabitan dengan aspek Kerajaan Tempatan. Antara peruntukan yang berkaitan meliputi perkara :- a) Kuasa menjaga dan memelihara kawasan Kegunaan Awam b) Kuasa mengambil tindakan sekiranya berlaku pencemaran di dalam kawasannya c) Kuasa menjalankan kerja-kerja pembersihan dan aktiviti yang berkaitan dengannya. So... Nak kalu nak detail,pening ckit kot... korang kene paham yang akta 171 adalah keperluan dan kepentingan dalam menyeragamkan atau menyamakan kuasa undang-undang bersabutan dengan segala komponen atau aspek Kerajaan Tempatan. Ok2??? Tata... ^_^ -P@y Che-

Kanun Tanah Negara 1965 (KTN)

Image
Assalamualaikum... Hari ini pula aku nak bercerita mengenai KTN... Aku pun xtau sangat pasal KTN, TAPI aku tau serba sedikit mengenainya selepas menjalani latihan praktikal di MPKK... Hehehe.... Kanun Tanah Negara memang sinonim dalam dunia perancangan... Memang selalu digunapakai... Apa itu KTN?? Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) merupakan satu akta yang terpenting erta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Tujuan utama akta ini adalah untuk memastikan wujudnya keseragaman perundangan dan polisi yang berkaitan dengan pentadbiran tanah serta penggunaanya, yang antara lain termasuk hakmilik, urusniaga dan kutipan hasil pendapatan daripadanya. KTN iaitu akta 56 merupakan satu Akta terpenting serta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Seperti pentadbirang tanah adalah berkait rapat dengan gunatanah,jadi telah dikategorikan gunatanah terbahagi kepada iaitu PERTANIA...

Masalah Perbandaran lagi..

Image
Assalamualaikum... Hari ini pulak aku nak bercerita mengenai masalah perbandaran lain plak... Kali ini mengenai ... "Tiada Jalan Masuk" Apakah jalan penyelesaian bagi 233 pembeli unit kondominium di Paramount View yang tidak dapat menduduki rumah mereka semata-mata kerana tiada jalan masuk ke lokasi tersebut ? Jalan masuk adalah salah satu kriteria dalam meluluskan suatu KM... Namun begitu, sebuah kondominium yang telah siap tidak dapat diduduki hanya kerana ketiadaan jalan masuk... Mane pergi PBT??? kenape masalah ini timbul selepas projek da siap?? knape tidak diusulkan maslah ini ketika pelan dihantar untuk kelulusan dan ketika pembinaan??/ 'Jalan msuk tidak selamat kerana berhampiran dengan pecawang milik TNB' So, korang phm kan maksud aku kan??? So, lu pikir ar sendir... Berita lanjut di paparan akhbar... KOSMO! Selamat membaca... hehe... -P@y Che-

Masalah Perbandaran

Image
Assalamualaikum... heeheheh... Hari ini aku nak berkongsi pendapat dan maklumat mengenai masalah berkaitan perbandaran yang aku 'kutip' dan juga yang aku dapat.... So hari ini mengenai... "Dilema Parking" ... Masalah tempat letak kenderaan bukanlah satu isu perbandaran yang baru di Bandar-bandar besar. Kesukaran mencari tempat letak kereta sehingga kadangkala terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan dilihat sebagai satu perkara biasa. Kebanyak pengguna lebih pentingkan diri dimana hanya inginkan kesenangan diri tanpa memikirkan 'effect'nya... Mungkin juga kemudahan parkir yang tidak mencukupi antara faktor pendorong masalah kesesakan lalu lintas. Apabila pengguna meletakkan kenderaan di bahu jalan, kelebaran jalan akan menjadi minima dan menyebabkan kesesakan apabila terdapatnya kadar trafik yang tinggi DI WAKTU PUNCAK. Walaupun bagaimanapun,isu xcukup parkin bukanlah suatu alasan Sungguhpun parkir disediakan, namun masih terdapat pihak t...

Proses Kebenaran Merancang..

Image
Assalamualaikum... Ha, nih pulak sambungan kepada Kebenaran Merancang... Kalau korang da tau pasal serba sedikit pasal Kebenaran Merancang dan kriteria penilaian permohonan KM, mesti korang kene tau camne proses permohonan KM ini berlangsung... Kan????? xpe... Buat mase nih aku nak cerita pasal KM di Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan mane2 yang same tarafnye... Untuk PBT yang besar2 seperti MBI, DBKL, tatacara proses permohonan KM adalah berbeza... So, untuk hari ini, aku akan bercerita mengenai KM yang aku dapat di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar .... Insyaallah same je dengan PBT lain yang setaraf dengannya.... So, untuk permulaan, aku nak bercerita tentang tatacara proses KM dari OSC.... Tatacara KM melalui OSC Aku tidak sepandai mana... tapi aku boley jea kalu ade nak berkongsi pandangan mengenai perancangan... Hehehe... da tengok yang atas tuh???? korang kene paham beza antara OSC dan Jabatan Perancang Bandar.... Osc "MEMBANTU dan MENYELARAS".... Tu paling penting ...

Apa itu Kebenaran Merancang???

Image
Ini adalah sambungan kepada post mengenai Kebenaran Merancang.... Maklumat ini adalah dari apa yang telah aku belajar di MPKK... Yang penting di Bandar Diraja Kuala Kangsar.. Tempat dimana lahirnya aku... Hehe.... So nak tau tentang kriteria dalam penilaian KM??? Ketika aku menjalani praktikal.... yang benar2 digunapakai ialah... a) Keperluan-keperluan Teknikal b) Dasar-dasar dan garispanduan pembangunan semasa c) Peruntukan Undang-Undang. d) Bantahan pemilik bersebelahan. (untuk permohonan menambah ketumpatan dan penukaran zon guna tanah) Kalu diikutkan perkara ini boley difikrkan secara logik akal.... Kalu korang pelajar planning,xtau pasal bende nih,wat malu je amik planning.... Hehehehe..... (Cam aku pandai sangat je).... A)Kriteria Keperluan – keperluan Teknikal. Kriteria keperluan-keperluan teknikal ini adalah dirujuk kepada pembangunan fizikal iaitu berhubungan dengan ulasan agensi-agensi teknikal sperti JKR,JAS,TNB dan sebagainya. Berikut adalah aspek-aspek teknikal yang diambi...

Kenangan Perancang..

Image
Assalamualaikum.... Korang masih ingat x kepada En. Syam, lecturer planning yang telah melanjutkan pelajaran ke UK??? Hari ini,aku terbace blog dye di mana tersimpan memori2 indah ketika majlis perpisahannya... Ya Allah... Aku terus cam excited n masih terpinga-pinga di ingatan tentang peristiwa itu.... Korang boley tengok tentang cerita ini kat blog dye... -DR Sepet Menulis- Aku yang kat sebelah belakang man tuh... berbaju kuning tuh.... Mase tuh,ketiga-tiga batch DDN berkumpul bersama... Time tuh aku baru junior la beb... Hehehe... -P@y Che-

Pemandangan Perancang..

Image
Assalamualaikum.. Besh tak view dari Taman Tasik Titiwangsa nih... Gambar nih, d'amik mase kuar dengan orang tersayang... Hehehe... Satu view dari aku,satu ag view tasik... Bagi pendapat yea... Chayok!!!! -P@y Che-

Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang

Image
Assalamualaikum... Korang nak tahu x???? Semenjak 2 menjak ni aku xde mase nak update blog... namun begitu.... ade brite besh nih!!!! Akaun Nuffnang aku da mencecah RM18.00 nih... hehehehe... Besh giler..... Nak tengok??? tak percaya??? Senang2 je naik nih.... huish... ^-^... heheheh... Aku bakal menyiapkan 1 blog lagi nih.... UTR or Pece4plan??? ade cadangan??? -P@y Che-

Perancangan Baru dan Azam Baru

Image
Assalamualaikum... Hari ini,aku baru jea dapat berita yang aku paling xsuke iaitu kemasukan sem baru yang terlalu awal.... Huuhuhuhu... Entah boleh percaya ke tidak..... tapi masalahnya kene percaya gak kerana disebabkan mengikut 'academic_calendar',memang tu tarikh sebenarnya..... Terlalu awal la untuk pembelajaran... Walau bagaimanapun,aku tetap akan mulakan perancangan baru dan azam baru aku untuk melalui proses hidup yang cukup mencabar.... ko bleh klik kat cni kalu xpercaya..... Academic Calendar 2009/2010 -P@y Che-