Perak Geographical Information System (PerakGIS)
Assalamualaikum w.b.t.
PerakGIS atau dikenali sebagai Perak Geograhical Information System. Pejabat baru dimana tempat aku bekerja sekarang ini.
Berikut serba sedikit pasal PerakGIS:
Kita kongsi-kongsi ilmu.. (=_=)
PerakGIS atau dikenali sebagai Perak Geograhical Information System. Pejabat baru dimana tempat aku bekerja sekarang ini.
Berikut serba sedikit pasal PerakGIS:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PerakGIS merupakan Sistem Maklumat Perancangan Geo-Spatial Negeri Perak yang dibangunkan
berasaskan keperluan Kerajaan Negeri Perak untuk mewujudkan sebuah
pangkalan data geospatial yang komprehensif di peringkat negeri, daerah
dan tempatan. Ia menggunapakai teknologi sistem maklumat geografi atau Geographical Information System (GIS). Pembangunan PerakGIS adalah
menggunakan teknologi ‘opensource’ iaitu Quantum GIS. PerakGIS juga berperanan dalam menjayakan program MyGDI bagi negeri Perak.
Kejayaan
utama pembangunan GIS di Negeri Perak adalah dengan tertubuhnya Unit
PerakGIS Negeri Perak yang dipertanggungjawabkan di bawah Pengarah JPBD Negeri Perak bertempat di Tingkat 9, Bangunan PTTC, Jelapang , Ipoh.
Unit PerakGIS bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat GIS Negeri
Perak di masa akan datang.
PerakGIS ditubuhkan pada 1 Januari 2012 dengan 6 perjawatan berstatus kontrak.
PerakGIS ditubuhkan pada 1 Januari 2012 dengan 6 perjawatan berstatus kontrak.
PerakGIS merangkumi pembangunan pangkalan data GIS, Portal PerakGIS dan
aplikasi yang melibatkan analisis. Data dan maklumat dikumpul melalui
kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan diperingkat negeri, daerah
dan tempatan.
PerakGIS menggunakan pendekatan teknologi terkini dengan menyimpan data ruang melalui satu pangkalan data dan dikongsi di kalangan semua agensi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan pejabat tanah.
Pada
masa hadapan, untuk memaksimakan penggunaan sistem GIS, PerakGIS
dirancang untuk dicapai melalui internet bagi tujuan perkongsian bersama
awam [akses umum] dan agensi-agensi kerajaan berkaitan [akses terhad].
Agensi kerajaan yang lain boleh mendapat manfaat melalui penggunaan pengumpulan data ruang terutamanya untuk perancangan, strategi pembangunan dan dasar- dasar tertentu. Sebagai contoh, perancangan kerajaan negeri dalam membangunkan taman tema.
Pangkalan
data PerakGIS dibangunkan berasaskan model data perancangan bandar dan
desa atau planning data model untuk penyediaan rancangan pemajuan
seperti rancangan struktur dan rancangan tempatan. Pangkalan data ini
telah distrukturkan mengikut 13 modul dan bagi memudahkan penyimpanan
data secara teratur, dibahagikan seperti dibawah:
Modul | Lapisan Terperinci | |
1 | Asas |
|
2 | Perancangan bandar |
|
3 | Perumahan |
|
4 | Perdagangan |
|
5 | Industri |
|
6 | Kemudahan awam |
|
7 | Utiliti awam |
|
8 | Pengangkutan |
|
9 | Tanah lapang dan rekreasi |
|
10 | Demografi |
|
11 | Pentadbiran |
|
12 | Alam sekitar |
|
13 | Pelancongan |
|
ScreenShot portal PerakGIS |
Kita kongsi-kongsi ilmu.. (=_=)
Comments