Petunjuk bandar Malaysia (MurniNET)
MURNInet adalah singkatan kepada Malaysian Urban Indicator Network atau Jaringan Petunjuk Bandar Malaysia. Gerbang MURNInet disediakan untuk menyokong pelaksanaan Program Petunjuk Bandar Malaysia dalam pembentukan, perolehan, pengolehan, penganalisaan, penghasilan dan perkongsian maklumat mengenai petunjuk bandar.

Gerbang MURNInet merupakan satu kemudahan infostruktur yang menyepadukan aplikasi, data dan prosedur bertujuan untuk membantu dalam perancangan pembangunan bandar mampan di Malaysia. Ianya menyediakan maklumat dan kemudahan atau aplikasi yang berupaya untuk menganalisis keadaan semasa, menyediakan tren yang berguna untuk memantau perubahan yang berlaku secara temporal dan memberi gambaran senario-senario pembangunan bandar-bandar Malaysia dan pencapaian tahap kemampanan nya.
Gerbang ini menyediakan pelbagai modul secara bersepadu untuk membantu pelbagai pihak terutamanya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dalam membuat pengumpulan data, pengukuran, penganalisaan dan pengujian serta membuat keputusan di peringkat perancangan bandar.

Matlamat MURNInet
Matlamat kajian ini ialah untuk melaksanakan petunjuk-petunjuk bandar mampan bagi mengukur dan menilai tahap pencapaian kualiti sebuah bandar.
Objektif MURNInet
Mengkaji isu, masalah dan kekuatan sesebuah Bandar berdasarkan petunjuk-petunjuk bandar mampan. Menyediakan cadangan-cadangan dan strategi pembangunan bandar mampan bagi sesebuah bandar.
Bandar Mampan
Bandar mampan mengikut definisi ‘United Nations Centre For Human Settlements’ (HABITAT) dalam Program Bandar Mampan adalah “Bandar Yang Mampu Mengekalkan Pencapaian Dalam Pembangunan Sosial, Ekonomi Dan Fizikal Untuk Selama-lamanya”. Manakala definisi bandar mampan yang dikemukakan oleh ‘Research Triangle Institute’ (RTI) ialah “Wilayah Metropolitan yang boleh bersaing dengan jayanya di peringkat global tetapi masih boleh mengekalkan keunggulan budaya dan alam sekitarnya”.
Konsep Pembangunan Bandar Mampan
Di Malaysia, konsep bandar mampan dilihat bukan sahaja dari perspektif bandar mampan pada peringkat antarabangsa tetapi disesuaikan dengan Prinsip-prinsip Perancangan dan Pembangunan Sejagat secara menyeluruh yang telah diterima pakai oleh JPBD (Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat [Edisi Kedua] JPBD Bil 4/2000).
Di antara lain, Garis Panduan ini menyarankan agar perancangan pembangunan (termasuk bandar) haruslah juga mempunyai ciri-ciri adil dan saksama, ihsan, aman dan selamat, menghormati ilmu dan sentiasa mengingati Pencipta serta bersih dan cantik.
Untuk mencapai tahap bandar mampan khususnya dan negara maju menjelang 2020 amnya, tahap kemampanan sesuatu petempatan hendaklah sentiasa diukur dan dipertingkatkan supaya kualiti hidup penduduk tempatan dapat dipertingkatkan pada setiap masa.
Kalau hendak mengetahui murninet ini lebih lanjut boleh layari:
Gerbang MurniNET

Comments