Projek-Projek Studio

Assalamualaikum...

Fuh,setelah penat dalam perancangan bandar ini,aku masih xkenal erti susah dan senang...

So,mase aku tengah borin2 dok umah semalam...
akhirnya aku kenang kembali memori lama di mana final projek studio berjaya juga aku siapkan setiap sem...

Erm...
Nak tengok tak???
Walaupun kerja aku tak sehebat mane dan tak sesempurna sesiapa,tapi semua ini adalah hasil usaha dan kejayaan sendiri...

Ketika Semester 1,projek final adalah 'layout'... Iaitu pelan susunatur perumahan....
Pada mulanya,aku memang tak reti langsung,namun akhirnya, berjaya juga ku siapkan....
tanpa bantuan lecturer (kelas komputer),aku punya layout akhirnya 'difinalizekan' oleh Puan Nurul...
hehehehe...
(member-member aku semua lecturer tolong baiki)....
hehehehe....

tapi aku takde gambar la nak tunjuk...
takpe-takpe...

Semester 2 pula datang menjelma... Masih sama...
Kene jugak buat susunatur...
masa tu,final projek adalah di U10,shah alam...
Aku masih ingat ketika tu,penat gila aku kene pergi shah alam semula untuk update data yang tak cukup...
Kerja yang cukup meletihkan sebab kena gune motor pergi ke sana... alahai,public transport takde dowh...



Ni lah hasil usaha gigih diri sendiri gak...
Usaha tangga Kejayaan - 'moto' sekolah aku dulu tuh...

Hehehe... nak membangga la nih...

Pejam celik,pejam celik,projek Semester 3 pula menghampiri...
Ketika ini, projek akhir dijayakan di Taman Setapak Jaya, dimana untuk mengutamakan landskap... Projek kali ini yang paling aku rasa nak nangis...
Aku dipaksa menjadi group leader,pahtu ahli grop aku paling ckit dengan hanya 4 orang sahaja... Sedeyh siot... Tapi alhamdulillah, mase projek berjaya disiapkan, aku bersyukur kerana grop aku tak 'secincai' grop lain... (jangan marah ye kawan-kawan)
Nih la keja aku yang tak seberapa.....



Erm... banyak perkara boleh diceritakan, pergaduhan, ketidakpuasan hati, kemalasan.... dan banyak lagi...

Finally, projek semester 4 pula mendatang... kali ini berkenaan projek 'elemen bandar'... Bayangkan studio master ketika itu, 'Kak Su'...
Pada mulanya nampak ok tapi selepas budak kelas aku menimbulkan kekecohan,terus KO...
(ade la masalah,nape nak tau???hehehe) So, ketika itu, projek di buat di bandar warisan Ipoh... dekat jea dengan Kuala Kangsar kan... Tapi tak balik,sebab ketika itu, aku dijadikan sebagai KS (ketua studio)... So, kene la jaga anak2 buah yang nakal nih.... Sakit hati pun ada kekadang tuh...

Tapi lantak la kan... Erm... Grop aku time tuh susah r nak cakap... Coz, semuanye tak tahu nak buat apa apabila diberi tugasan....
Aku menyesal tak kesudah apabila mengenangkannya...
Pointer aku cukup teruk apabila gred projek studio turun mendadak...
fuh... nangis aku siot... tapi takpe,kerja kena usaha... yang penting,jangan kedekut ilmu.... kepada kawan2,jangan la nak simpan apa2 untuk kepentingan sendiri... ok2...

So, ini lah hasil kerja individu aku yang sangat aku hargai....
GREEN URBANISM....



Pape,kehidupan aku sebagai student kene diteruskan....
kepada kawan2, "AKU DA SERIK DENGAN KORANG"....

ok... 6t ade sumtin untuk student DDN...
hehehe
tatatata

Comments

Popular posts from this blog

Thank you nuffnang !!!

Temuduga SO / Pegawai Penempatan..

Kecederaan Lutut (Ligamen Anterior cruciate