Keterujaan Dalam Perancangan...
Arini aku nak bagi respon kepada Akram yang meminta aku bagitau mengenai kepentingan planning dalam town planning....
Yang ini bukan aku cut n paste... tapi segala ilmu yang aku dapat dari tenet n dari lecturer UTM yang terbaik!!!!
Selamat Berkongsi....
Perancangan dalam Perancangan Bandar dan Desa
Perancangan dan pembangunan sejagat merupakan satu usaha dalam menangani kepincangan masyarakat dan menitikberatkan penjagaan alam sekitar di dalam pendekatan masa kini. Ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kesedaran perancangan bandar di sesebuah negara berdasarkan tamadun gemilang terdahulu dan mengambil kira aspek-aspek penting dalam perancangan sesuatu petempatan.
Setiap perkara yang kita lakukan mestilah berdasarkan suatu matlamat. Ini bermaksud perancangan juga mempunyai matlamat. Matlamat yang harus dipegang dalam perancangan adalah untuk "Mewujudkan keseimbangan di antara pembangunan fizikal dengan pembangunan insan dari segi spiritual dan nilai-nilai murni sejagat untuk kemajuan negara yang berterusan.”
Doktrin Pembangunan dan Perancangan SejagatPrinsip perancangan dan pembangunan sejagat adalah berasaskan nilai-nilai murni antara hubungan manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan persekitaran. Prinsip ini digunakan sebagai rujukan di dalam merumus garis panduan dalam membuat keputusan, tindakan dan melaksanakan apa-apa aktiviti pembangunan.
- · Prinsip Hubungan Manusia dengan Pencipta
- · Prinsip Hubungan Manusia dengan Manusia
- · Prinsip Hubungan Manusia dengan Persekitaran
Peranan Perancangan
- · Kepentingannya Terhadap Pembangunan Insan
- Pembinaan kemudahan tempat ibadat, masjid, pusat pendidikan, perpustakaan dan lain-lain akan memberi kesan dan pengaruh kepada pembentukan nilai dan sikap manusia.
- Memelihara alam sekitar dari kemusnahan sebagai usaha menjaga dan menghargai anugerah Pencipta.
- Bentuk perancangan yang meletakkan elemen utama seperti masjid dan institusi pendidikan di tempat yang strategik, reka bentuk dan penataan seni yang melambangkan syiar.
- Menyediakan elemen dan kemudahan yang mampu menjalin hubungan rapat sesama manusia.
- · "To create an efficient and integrated urban physical structures and a beautiful, confortable, save and sustainable environment to satisfy social and economic aspirations of its population as far as possible."
Efficient, Integrated & Balanced Physical Structure:
Sustainable Environment:
- Land Use Distributions
- Circulation & Communication Systems
- Amenities and Utilities.
- Keseimbangan Ecology (Development vs. Conservation )
- Keselamatan, kesihatan & keselesaan
- Keindahan
(Allahyarham Pak Amir @ PM Dr Amirruddin)
Kadang2... Teringat dengan arwah.. cukup terase kehilangannya... papepun... Arwah pak amir tetap lecturer terbaik!!!!.....
Selamat berkongsi....
-P@y Che-
Comments