Setelah penat merancang...
Assalamualaikum semua!!!
da lame tiada nukilan n coretan di blog..
Maaf.. Sumber inspirasi da ilang... sob.. sob.. sob...
okep!... sebelum mase terluang hilang begitu, bg sikit mase nak bercerita...
Beberape bulan nih, penat nak merancang.. tp alhamdulilah, kebanyakan berjaya... Kini, tujuan hanya untuk memajukan diri di JalanNya..
InsyaALLAH...
Dulu, persoalan hati masih berlarutan.. Buaian perasaan masih hanyut..
'awak' nak tahu pe saya rasa sekarang?
__________________________________________________________________
Semestinya hati dan perasaan itu sebahagian daripada manusia. Walau apa pun yang terjadi, tidak mungkin dapat dipisahkan. Sekeras2 hati seseorang itu jauh didasar dia masih punya perasaan. Hati adalah asalnya putih dan suci. Cuma manusia yang menghiasinya dengan perasaan...
Jangan risau... insyaallah.. Walau apapun yang kita lakukan dalam dunia ini niat itu perkara asas. Baik bangun tidur, mandi, pakai baju semua perkara perlulah dilakukan kerana Allah. Niat ini penting kerana ia akan menentukan apakah kesudahan kepada perkara yang kita lakukan. Jangan risau, kerana Allah saya lakukan semua ini...
"Antara cinta dan keinginan untuk memiliki…..ianya tidak sama"
Cinta itu sebagai satu perasaan dan keinginan itu suatu kemahuan manusia.. tetapi jika terlalu menginginkan suatu itu yang tidak perlu, ia hanya nafsu semata-mata... Cinta kerana Allah cinta kerana Islam walauapa pun kita akan lakukan kita perlu ingat kepada Allah. Manusia sering mengatakan cinta itu memerlukan pengorbanan....
Maka apa yang membezakan Cinta dan Keinginan itu adalah keikhlasan. Ikhlas ini adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah. Sekiranya kita cinta akan seseorang maka cintailah dia kerana Allah. Jika tidak semunya hanyalah nafsu dan mainan syaitan semata-mata....
__________________________________________________________________
**maaf jika terdpt persamaan dialog diatas..
Hati?? aku da rancang...
Perasaan??... dengan redhaNya..
Comments