Apa itu GIS??
Assalamualaikum W.B.T...
Da lame aku xbuat post berkaitan Town Planning..
so, hari ini, aku akan membuka tirai PERANCANGANnya kembali..
Disebabkan kini aku bekerja di Perak SGDC dan menyentuh pasal GIS.... topik arini pasal
'Apa itu GIS?'
............................................
Apa Itu GIS?
GIS adalah memberi maksud kepada Geographic Information System atau dalam bahasa ialah Sistem Maklumat Geografi. GIS adalah satu sistem maklumat yang boleh menyimpan, memapar, menganalisis, dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data reruang (spatial data).
Mengikut Blog En. Abbas, GIS ialah
"A digital age technological system about information on geographical features covering spatial and non-spatial data:Mengikut maklumat 'Apa itu GIS' daripada INSTUN,
Although it fundamentally deals with mapping (in the first stage) and analysis (in the second stage), GIS is more prized for its analytical ability to extract information from geographical data. This is where the fun is. Things get interesting if your data (be it topology and attribute) is "clean" which is not easy to do because they usually involve a voluminous amount of data. "
- "Geographical" because it primarily deals with geographical features;
- "Information" because it can churn out information from data;
- "System" because it can retrieve, vizualize, edit, store, query and analyse GIS data.
"Sejak ia mula digunakan secara manual pada tahun 1960-an, sistem ini telah mengalami beberapa siri penambahbaikan. Dengan pembaharuan dalam teknologi komputer dan Internet, sistem ini telah menjadi semakin penting dan berguna khususnya mereka yang menggunapakai data reruang seperti penggunaan peta untuk analisis kependudukan, kegunaan tanah , ramalan iklim, pengurusan hutan , lalulintas dan sebagainya. Keupayaan sistem ini tidak terhad kepada pemaparan peta digital sahaja sebaliknya ia boleh melakukan kerja-kerja analisis. Ini bermakna kebolehpercayaan penggunaan GIS adalah ketepatan dalam analisis. Bagaimana pun, ketepatan sesuatu analisis bergantung kepada ketepatan data yang dimasukkan ke dalam sistem."Ada juga berpandangan , Disini
Mengapa GIS diperlukan? Disini
GIS adalah satu sistem komputer yang berkeupayaan menerima (input), menyimpan (store), mengeluarkan (retrieve), menganalisa (analyse) serta memaparkan (display) kembali data reruang (spatial). Bermakna GIS ini adalah satu sistem perkomputeran di mana ia ade komponen-komponen untuk menyokong sistem ini. Komponen-komponen GIS adalah terdiri daripada 5 perkara iaitu Personel, Perisian, Perkakasan, Data Kaedah.
GIS mampu memberi maklumat yang cepat dan berkualiti untuk membuat keputusan yang baik tentang penggunaan ruang (spatial).
Penyimpanan data dalam GIS akan membawa kepada himpunan, penyimpanan dan penyebaran serta pengkongsian data yang lebih efektif.
Terdapat 4 komponen asas GIS iaitu
1)Perkakasan : Diperlukan untuk menjalankan perisian GIS spt Komputer or laptop, digitizer dll.
2)Perisian : Pengolah dan Penjana data GIS spt Mapinfo, Grass, Qgis, Arcgis dll.
3)Data : Data GIS iaitu Data Geospatial yang mengandungi Data Spatial dan Data Attribut
4)Organisasi : Perekabentuk yang membangunkan dan menggunakan GIS tersebut. Kepakaran adalah amat penitng untuk mewujudkan sistem yg berjaya. Pengguna pula perlu ada pengetahuan tentang GIS bagi memudahkan penggunaan dan memahami konsep dalam pengurusan.
Fungsi Utama or Sub Sistem dalam GIS ialah
1.Perolehan Data
2.Pengurusan Data
3. Penganalisaan Data
4. Persembahan Data
Cukup la setakat ini, maybe, perkara-perkara yang lebih detail n terperinci akan dikongsi kelak..
**banyak perbezaan antara Pembelajaran GIS silibus Universiti dengan Pembelajaran GIS dalam bidang pekerjaan... Tapi konsep yang masih sama iaitu GIS.
-P@y Che-
Comments